Hasil kelapa Maluku Utara merudum
Bagaimanapun, mereka kini terpaksa mencari pendapatan sampingan ekoran harga isi kelapa yang dikeringkan sangat murah sehingga mengundang kepada krisis kegawatan pendapatan.Salah seorang petani ke…
Bagaimanapun, mereka kini terpaksa mencari pendapatan sampingan ekoran harga isi kelapa yang dikeringkan sangat murah sehingga mengundang kepada krisis kegawatan pendapatan.
Salah seorang petani kelapa dari Kabupaten Halmahera Selatan, Ahmad Hassan berkata, tanaman kelapa dipetik setiap tiga bulan sekali, tetapi hasilnya tidak dapat dijual dalam masa terdekat ekoran proses penghasilan isi kelapa kering mengambil masa hampir sebulan.
Jelasnya, satu hektar kebun kelapa mampu menghasilkan sebanyak 1,500 kilogram (kg) isi kelapa kering bernilai kira-kira Rp7.5 juta (RM2,250).
âSelepas tolak segala kos pengeluaran seperti upah memetik buah dan mengeringkan isi kelapa, petani hanya mampu mendapat pendapatan bersih sekitar Rp5 juta (RM1,500) untuk satu musim.
âJumlah pendapatan ini selepas dibahagi kepada empat bulan, petani hanya memperoleh sekitar Rp1,250 (RM380) sebulan dan ju mlah itu tidak mencukupi untuk menyara keluarga,â katanya baru-baru ini.
Cerita Ahmad lagi, petani sangat berharap agar pihak pemerintah dapat mencari kaedah untuk meningkatkan harga isi kelapa hingga mampu dijual sehingga Rp10,000 (RM3) untuk setiap kg.
Program
Menurut Ketua Dinas Pertanian Maluku Utara, Idham Sangadji, pihaknya mengakui agar sukar untuk meningkatkan harga isi kelapa kering berikutan ia ditentukan oleh pasaran global.
âNamun, pihak kami sentiasa melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan pendapatan petani setempat antaranya menggalakkan mereka menjaga tanaman kelapa dengan baik sehingga mampu mengeluarkan hasil sehingga tiga tan.
âPetani juga disaran untuk menjalankan proses tanam semula pokok kelapa yang sudah tua berikutan hampir 260 hektar ladang kelapa di Maluku Utara dipenuhi dengan pokok-pokok tua dan jarang berbuah,â jelasnya.
Idham menambah, pihaknya juga menggalakkan petani mengguna kan konsep integrasi tanaman iaitu menanam tanaman lain di kebun kelapa sebagai alternatif menjana pendapatan sampingan.
âAntara tanaman yang boleh ditanam ialah keladi, ubi kayu, halia merah dan kunyit malah kami turut menyokong sekiranya petani mahu membela lembu di kebun mereka,â jelasnya.
Menyedari hakikat ramai petani kelapa berdepan masalah ekoran harga komoditi itu yang semakin rendah, pemerintah Maluku Utara kini giat melakukan pelbagai program untuk menjana pendapatan petani setempat.
Pihak pemerintah menerusi Badan Usaha Milik Daerah (BUMD) akan membeli isi kelapa kering daripada petani dengan harga yang lebih tinggi sebelum memasarkan bahan tersebut ke Surabaya dan Jawa Timur.
Pasaran
Ketua Kabupaten Halmahera Barat, Danny Missi berkata, pihaknya sedang menjalinkan kerjasama dengan pemerintah wilayah Jawa Timur bagi memasarkan hasil kelapa dari Halmahera Barat ke wilayah tersebut.
âPengusaha isi kelapa ke ring di wilayah Jawa Barat telah bersedia untuk menerima bekalan dari Halmahera Barat dan mereka mahu membeli dengan harga tinggi sehingga mencecah Rp15,000 (RM4) sekilogram.
âBUMD akan membeli isi kelapa kering daripada petani di Halmahera Barat dengan harga Rp10,000 (RM3) sekilogram dan akan menjual kembali kepada pengusaha dengan harga Rp15,000 (RM4),â ujarnya.
Danny menambah, menerusi kerjasama yang dijalinkan antara kedua-dua pihak itu, pihaknya yakin mampu meningkatkan taraf pendapatan golongan petani kelapa seterusnya membina kehidupan lebih baik.
Sementara itu, seorang pemerhati pertanian di Maluku Utara, Sarifudin berkata, pihak pemerintah di daerah lain perlu mencontohi usaha yang dilakukan oleh Halmahera Barat dalam meningkatkan taraf kehidupan petani.
Kreatif
âPemerintah bukan sahaja perlu memfokuskan pasaran tempatan seperti Jawa Timur untuk memasarkan produk mereka malah perlu bersifat global dengan menjualnya k e luar negara seperti Filipina yang terletak berhampiran dengan Maluku Utara.
âSekiranya isi kelapa kering itu mampu menebus pasaran antarabangsa secara tidak langsung pendapatan negara akan meningkat selain menyebabkan harga kelapa turut naik,â jelasnya.
Sarifudin turut mencadangkan agar industri lain seperti pembuatan minyak memasak dan sabun perlu dimajukan di Indonesia dalam usaha meningkatkan permintaan terhadap kelapa di republik berkenaan.
âPetani juga perlu berfikir lebih kreatif dengan menjadikan bahagian-bahagian lain pokok kelapa seperti tempurung, sabut dan air kelapa sebagai produk pertanian bagi menjana pendapatan berganda,â katanya.â¨
Sumber: Google News | Warta 24 Halmahera Selatan
Tidak ada komentar