Udin Jawi, Arjuna diburu - Warta 24 Maluku Utara
GRID_STYLE

Post/Page

Weather Location

{fbt_classic_header}
www.uhamka.ac.id/reg

Udin Jawi, Arjuna diburu

Udin Jawi, Arjuna diburu

Kalbana Perimbanayagamkalbana@nst.com.myKuala Lumpur: Dua lanun warga Indonesia dikenali sebagai Udin Jawi dan Arjuna yang merompak kapal tangki MT MGT-1 di perairan negara pada September tahun lalu menjad…

Udin Jawi, Arjuna diburu

Kalbana Perimbanayagamkalbana@nst.com.my

Kuala Lumpur: Dua lanun warga Indonesia dikenali sebagai Udin Jawi dan Arjuna yang merompak kapal tangki MT MGT-1 di perairan negara pada September tahun lalu menjadi buruan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Pengarah Unit Komunikasi Korporat APMM Faridah Shuib berkata, ia susulan notis merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (INTERPOL) yang mengesan suspek berkenaan dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Amaran merah itu dikeluarkan untuk mengesan Udin, 51, dari Tanjung Pinang, dan Arjuna, 45, dari Pulau Taliabu selepas melarikan diri pada 6 September tahun lalu.

“Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam rompakan berkumpulan dan bersenjata,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Difahamkan, waran tangkap terhadap tertuduh juga sudah dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu, pada 20 Disember tahun lalu.

Dalam kejadian 6 September tahun lalu, kapal membawa 1.706,318 tan metrik diesel itu dipintas sebuah bot di perairan Malaysia berhampiran Pulau Yu Besar, Terengganu.

Enam lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau serta parang memanjat kapal berkenaan sebelum mengikat semua anak kapal.

Kemudian, sebuah kapal tangki dengan enam lelaki tiba dan memindahkan diesel. Seramai 11 daripada mereka sudah dijatuhi hukuman, manakala tiga berjaya meloloskan diri termasuk Udin dan Arjuna.

Faridah berkata, mana-mana pihak mempunyai maklumat mengenai dua individu terbabit diminta menghubungi Leftenan Komander (M) Mohd Faizal Abdul Rahman atau Leftenan (M) Mohd Shahrul Ehsan Abdullah dari Cawangan Siasatan Jenayah Maritim (MCID) Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya di talian 03 89957813 atau pejabat APMM terdekat.

Sumber: Google News | Warta 24 Pulau Taliabu

Tidak ada komentar